Penyediaan Rumpai
CARA PENYEDIAAN PURE MARINE COLLAGEN :
*Basuh kolagen mentah, ramas ramas seperti basuh beras 5-6 kali.
*Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman.
*Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
*Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
*Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur.
*Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng * tapi kalau nak buat masker jangan campur apa apa .
*Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais, collagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.
Perhatian : Untuk mengurangkan bau semasa memasak.. Disarankam sebelum masak cuci dengan asam jawa dan semasa masak campurkan daun pandan.
CARA MAKAN PURE MARINE COLLAGEN :
Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
Ambil 3 sudu besar (akan jadi seperti jelly), - lebih elok dimakan begitu saja atau boleh juga dicampurkan dengan sunquick ,sirap atau jus buah.
Sebelum makan tu baca Bismillah & Selawat :)
SIAPA YANG BOLEH MAKAN KOLAGEN INI:
• Wanita dan lelaki
• Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
•Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
•Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
•Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia besifat sejuk.
~PERHATIAN~
JIKA RUMPAI LAUT KERING ANDA MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN CRYSTAL PUTIH SEAKAN -AKAN KULAT... JANGAN PANIK YA...
SEBENARNYA IA BUKAN KULAT... IA MERUPAKAN HABLUR GARAM LAUT...
DAN BOLEH DIBUANG DENGAN MEMBASUH SEBELUM MEREBUSNYA.
No comments:
Post a Comment